PEJABAT DAERAH NABAWAN PEJABAT DAERAH NABAWAN




SEJARAH (ASAL USUL DAERAH)


SEJARAH (ASAL USUL DAERAH)

Kewujudan Daerah Nabawan sebagai salah sebuah daerah di Pedalaman bermula dibawah status Pejabat Daerah Kecil pada tahun 1920 dimana pusat pentadbiran pada masa itu berpusat di Pensiangan yang dianggarkan sejauh 115 kilometer daripada Nabawan (Pusat Pentadbiran pada masa kini). Perhubungan utama ke Pensiangan pada masa itu ialah melalui sungai dan berjalan kaki manakala Pegawai Daerah yang bertugas di Pensiangan pada masa itu dibekalkan kuda sebagai “kenderaan” untuk berulang-alik diantara Keningau (Pejabat Residen pada masa itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas di Pensiangan ialah Mr. I.C Peck.

Pusat pentadbiran daerah ini berpindah ke Nabawan pada tahun 1974 berikutan dengan penubuhan Skim Penempatan Nabawan yang diwujudkan khas oleh pihak kerajaan untuk menempatkan orang-orang kampung dan para petani yang mengamalkan pertanian pindah-randah (Shifting Cultivation) terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan Pensiangan pada masa itu ke satu kawasan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan membolehkan orang-orang kampung ini tinggal menetap satu kawasan.

Berdasarkan sejarah ringkas tersebut diatas inilah sebabnya daerah ini satu masa dulu lebih dikenali dangan nama Pensiangan sehinggalah sekarang ini nama Pensiangan masih juga digunakan selepas Nabawan